NEW YORK - Kira-kira 23 juta rakyat Afghanistan memerlukan bantuan segera makanan, dan AS$2.6 bilion diperlukan untuk tujuan itu pada tahun akan datang, lapor Sputnik, memetik Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan.
"Keperluan kemanusiaan di (Afghanistan) kian meningkat... dengan semua 34 wilayah menghadapi krisis atau tahap kecemasan keselamatan makanan. Akibatnya, kira-kira 23 juta rakyat Afghanistan memerlukan bantuan segera makanan, mengalami kebuluran dan mengancam nyawa akibat kekurangan zat makanan," kata agensi PBB itu pada Rabu."WFP memerlukan AS$2.6 bilion untuk operasinya di Afghanistan pada tahun akan datang."