Taliban, junta Myanmar tidak dibenarkan di PBB buat masa ini

Iklan
Jawatankuasa PBB pada Rabu menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.

NEW YORK - Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.

Menurut Agensi Anadolu, Duta Besar Sweden ke PBB, Anna Enestrom memberitahu pemberita selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kelayakan Perhimpunan Agung yang dipengerusikannya bahawa jawatankuasa itu memutuskan untuk menangguhkan keputusannya dalam hal itu.

Iklan
Iklan

Pengumuman itu bermakna wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.

Jawatankuasa Tauliah, yang terdiri daripada sembilan ahli, diberi mandat untuk meneliti kelayakan wakil negara anggota dan melaporkan kepada Perhimpunan Agung mengenainya, kata kenyataan itu.

Iklan

Taliban yang merampas kuasa pada pertengahan Ogos daripada kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, mencalonkan jurucakapnya yang berpangkalan di Doha, Suhail Shaheen sebagai duta Afghanistan ke PBB. - Bernama

Iklan