Tokong Thai Pak Koong (Ng Suk) Temple di King Street di sini yang berusia 211 tahun mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila menerima anugerah Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-bangsa (UNESCO) Asia Pasifik bagi pemeliharaan Warisan Kebudayaan 2021.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, anugerah itu diumumkan secara rasmi oleh pejabat UNESCO di Bangkok semalam sebagai salah satu daripada sembilan projek yang memenangi anugerah terpilih daripada enam negara, yakni Malaysia, Bangladesh, China, India, Jepun dan Thailand.