Pesawat Malaysia Airlines MH2721 dari Pulau Pinang ke Kuching yang merupakan penerbangan terus sulung bandaraya ini, disambut dengan pancuran air sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10 pagi tadi.
Penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuching akan beroperasi dengan kekerapan dua penerbangan setiap minggu dengan tambang purata RM209 setiap perjalanan. Ia menggunakan pesawat Boeing 738 yang mempunyai 16 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 144 Kelas Ekonomi.
Dengan adanya penerbangan terus dari Pulau Pinang ini, akan memudahkan serta menjimatkan masa pengguna dari utara semenanjung Malaysia ke bandaraya ini dan begitu juga sebaliknya. - Foto Bernama.