Kelantan yakin boleh stabilkan kewangan defisit

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Walaupun mencatatkan belanjawan defisit 2022, kerajaan negeri Kelantan yakin perbelanjaan dapat distabilkan dan dapat mencapai angka surplus sebagaimana sebelum ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan berdepan belanjawan defisit sejak beberapa tahun lalu namun ia dapat diuruskan dengan baik dengan langkah penjimatan yang dilakukan.

Iklan
Iklan
p>"Sejak beberapa tahun yang lepas pun memang kita ada defisit, tetapi alhamdulilah, bila berjalan, kita buat surplus.

"Tahun ini sama, walaupun defisit tinggi namun dengan beberapa langkah penjimatan kita harap akhirnya boleh jadi surplus juga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan DUN (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sebelum itu melalui persidangan yang sama mengumumkan Kelantan membentangkan belanjawan defisit bagi tahun 2022 berjumlah RM90.49 juta iaitu peningkatan sebanyak RM24.47 juta berbanding RM66.02 juta pada tahun 2021.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, belanjawan kali ini juga memberi fokus kepada peruntukan-peruntukan membantu rakyat bagi memulihkan ekonomi negeri selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.