Landasan kereta api China-Laos, projek simbolik BRI

Iklan

BEIJING - Landasan kereta api China-Laos mampu membantu Laos mencapai matlamat ke arah"negara saling hubung di daratan”, sekali gus menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan dan penambahbaikan kehidupan rakyat.

Demikian menurut Menteri Projek Awam dan Pengangkutan Laos, Viengsavat Siphandon dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, apabila siap kelak landasan kereta api China-Thailand dan landasan kereta api Pan-Asia, berpotensi menjadi laluan antarabangsa yang menghubungkan negara serantau dan dunia.

"Apabila dihubungkan dengan bandar-bandar pelabuhan di Asia Tenggara kelak, Laos akan mengakses kepada pasaran yang lebih luas," tambah Siphandon.

Iklan

Sebagai projek simbolik kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), landasan kereta api China-Laos dijadual beroperasi secara rasmi esok.

Landasan sepanjang lebih 1,000 kilometer (km) itu menghubungkan Kunming, ibu kota provinsi Yunnan dan Vientiane, Laos dengan kelajuan 160 km sejam.

Iklan

Pengoperasian landasan itu akan memendekkan masa perjalanan dari Vientiane ke sempadan dengan China kepada tiga jam sahaja berbanding dua hari sebelum ini.

Dibina menggunakan teknologi dan kelengkapan China, landasan itu dapat disambung terus dengan rangkaian landasan kereta api China.

Untuk rekod, projek landasan kereta api China-Laos dimulakan pada Disember 2016.

Disebabkan keadaan geografi yang sangat rumit, pembinaannya berdepan pelbagai cabaran dan rintangan luar biasa kerana ia melintasi kawasan gunung-ganang, lembah dan sungai.

Namun, perlindungan ekologi tetap menjadi keutamaan sepanjang pembinaan landasan kereta api tersebut.

Selain menanam tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian, usaha mengelakkan hakisan tanah juga dilakukan bagi mengekalkan keindahan landskap semula jadi sepanjang landasan tersebut. - Bernama