Kes Covid-19 di Sekolah Seri Puteri terus meningkat

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail bernama

SHAH ALAM - Jumlah kes positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Sepang terus meningkat kepada 139 individu pada Khamis berbanding hanya 65 yang dilaporkan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, seramai 946 pelajar, guru dan petugas di Sekolah Seri Puteri telah disaring setakat jam 3 petang Khamis.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 114 pelajar, guru (15) dan petugas (10) telah disahkan positif Covid-19.

Iklan

"Kes-kes positif akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Dr Sha'ri berkata, kesemua 139 kes positif Covid-19 berkenaan berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Sha'ri memberitahu, kes indeks yang berlaku itu merupakan seorang guru di sekolah tersebut.

seramai 65 daripada lebih 200 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang menjalani ujian saringan Covid-19 disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, kesemua pelajar berkenaan telah dihantar ke PKRC MAEPS, Serdang untuk rawatan.