Prasarana tawar tambang percuma buat OKU

Iklan
OKU dapat tambang percuma sempena Hari OKU Sedunia.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menawarkan tambang percuma selama sembilan hari kepada orang kurang upaya (OKU) sempena Hari OKU Sedunia.

Prasarana dalam satu kenyataan berkata, tambang percuma bermula 4 Disember hingga 12 Disember 2021 itu turut diberikan kepada seorang pengiring pengguna OKU.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tambang percuma itu melibatkan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel Kuala Lumpur dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) kendalian Rapid KL.

"Pengguna OKU hanya perlu mempamerkan kad OKU dan MyKad bagi pengiring di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL bagi mendapatkan token perjalanan percuma.

Iklan

"Prasarana berharap tawaran ini dapat menggalakkan OKU untuk menggunakan perkhidmatan kami khususnya bagi mereka yang belum pernah mencuba mod pengangkutan awam,” menurut kenyataan Prasarana itu pada Khamis.

Prasarana memaklumkan, seramai 119,167 pengguna OKU telah menggunakan perkhidmatan rel kendalian Rapid KL antara Januari hingga Oktober lalu.

Iklan

Tambah kenyataan itu, jumlah berkenaan dijangka meningkat dengan kemudahan fasiliti OKU lengkap dan pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 tidak lama lagi.