Banjir kilat di Kuala Nerus, 25 mangsa dipindahkan

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA TERENGGANU - Seramai 25 mangsa banjir dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS tersebut dibuka pada jam 4 petang tadi dan kesemua mangsa terdiri daripada lima keluarga yang tinggal di Kampung Alor Damat dan Kampung Batu Rakit.

Iklan
Iklan

"Kawasan yang terlibat merupakan kawasan rendah dan sistem perparitan juga tidak sistematik,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, kawasan berkenaan dilaporkan masih mengalami hujan renyai dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. - Bernama

Iklan
Iklan