Jasad dua beranak tenang umpama sedang tidur

Iklan
Jasad kedua-dua beranak yang lemas terjatuh bot dilihat dalam keadaan tenang seolah-olah sedang tidur.

SUNGAI PETANI - Jasad kedua-dua beranak yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika mahu memukat udang di perairan Kota Kuala Muda di sini pada Khamis dilihat seolah-olah sedang tidur.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, mangsa, Mohamad Ariffie A Razak, 68, dan anaknya, Zulhusni Mohamad Ariffie dilihat dalam keadaan tenang.

Beliau berkata, kejadian yang menimpa dua beranak itu juga amat mengejutkan rakan nelayan lain apabila ternampak bot dinaiki mangsa terbalik.

Iklan

"Saya difahamkan, nelayan lain yang ternampak mereka terjatuh membawa mangsa pulang ke Jeti Pendaratan Ikan Pasar Bisik sebelum disahkan meninggal dunia.

"Bagaimanapun, kedua-dua beranak itu dilihat dalam keadaan baik, wajahnya tenang seperti sedang tidur," katanya ketika menyampaikan khairat kematian sumbangan kerajaan negeri Kedah kepada isteri Mohamad Ariffie iaitu Latipah Din, 60, di Kampung Matang Bagan di sini pada Khamis.

Iklan