Suami isteri makan menu sama, di restoran sama, 6 hari seminggu selama 15 tahun

Iklan
RON dan DIANA berkata, mereka tidak bosan berkunjung ke restoran sama hampir setiap hari.

SEPASANG suami isteri memecah rekod apabila makan malam di restoran sama selama 6 hari dalam tempoh seminggu sejak 15 tahun lalu.

Hidangan makan malam itulah yang dijamah mereka setiap sehari. Tiada makan pagi atau makan tengah hari. Ron dan Diana Watson yang sudah berkahwin selama 20 tahun telah menjadikan ia satu tabiat sejak tahun 2004 lagi.

Iklan
Iklan

INILAH Restoran Texas Roadhouse, Amerika Syarikat yang menjadi kegemaran pasangan suami isteri itu menikmati makan malam selama 15 tahun lamanya.

Berdasarkan laporan Wichita Eagle yang dipetik oleh Mirror, mereka berbuat demikian kerana sudah sehari suntuk bekerja dan lebih sanggup membayar untuk makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Iklan

Dari hari Ahad hingga Jumaat, Ron dan Diana akan memandu ke Restoran Texas Roadhouse, Amerika Syarikat pada pukul 3.15 petang bagi mengambil kesempatan memesan menu untuk kategori early bird yang hanya berharga $9.49 (RM51.19) (harga istimewa yang ditawarkan pada pukul 3-5 petang).

Diana akan memesan sajian yang dinamakan Roadkill iaitu berupa stik bersama bawang dan cendawan.

Iklan

Beliau kemudian akan mengambil salad (dengan Randy dressing) dengan tiada tomato, baked potato tanpa garam.

Menu pilihan Rod pula merupakan ayam dada barbeku. Kadangkala, babi panggang dengan kentang putar, salad dengan Italian dressing.

Jika beliau mahu kelainan, Ron akan sekali-sekala mengambil kentang (jenis manis).

Pasangan ini dilihat juga akan meminta untuk duduk di meja sama bernombor 412 setiap kali ke restoran berkenaan...

Untuk minuman, Diana gemar kepada pint of pale sementara Ron cukup dengan air dibubuh sedikit perahan lemon.

Memiliki baucar promosi yang diberikan kepada pelanggan setia, pasangan ini juga akan nikmati udang panggang setahun sekali.

Disebabkan berat badan Ron bertambah, mereka berdua tidak lagi mengambil roti percuma yang sering diberikan setiap kali membuat pesanan. Menariknya, sebagai seorang veteran Perang Vietnam, Ron berhak memperoleh 10 peratus diskaun pada setiap pesanannya.

Ron dilaporkan yang masih derita dengan penyakit (Post Traumatic Stress Disorder) PTSD atau gangguan stres pasca trauma

Pasangan ini dilihat juga akan meminta untuk duduk di meja sama bernombor 412 setiap kali ke restoran berkenaan. Alasannya, Ron boleh menikmati pemandangan yang baik dan rasa selesa melihat pelanggan keluar, masuk premis itu.

Jumlah keseluruhan makan malam yang dipesan dalam tempoh 15 tahun ialah £79,092 (RM426,617)...

Berdasarkan rekod, Ron dan Diana akan membelanjakan £16.90 (RM91.15) untuk makanan dan minuman makan malam setiap hari.

Dalam seminggu, jumlah perbelanjaan mencecah £101.40 (RM546.94). Dalam setahun, £5,272.80 (RM28,441.14). Jumlah keseluruhan dalam tempoh 15 tahun ialah £79,092 (RM426,617). Bagi Ron, jumlah itu sangat wajar.

"Angka itu agak murah, sama juga kalau ke pasar raya membeli barang-barang dapur, balik ke rumah,kemudian memanaskan makanan di dapur dan akhirnya membersihkannya."Sama sahaja tapi di restoran layanannya lebih baik," katanya.

Pasangan itu memberitahu media yang mereka tidak pernah bosan dengan rutin mereka...

Satu-satunya hari yang pasangan ini tidak ke restoran itu ialah pada hari Sabtu.

Pada hari berkenaan, Diana habis kerja lebih lewat. Restoran Texas Roadhouse juga agak sibuk pada waktu puncak.

Jadi, mereka akan pergi ke Restoran Hog Wild yang mana suasananya pada hari berkenaan lebih tenang.

Tetapi di Restoran Texas Roadhouse mereka mendapat layanan yang lebih istimewa. Pengurus restoran meletakkan wajah pasangan suami isteri ini di dinding yang dinamakan wall of fame dan menyatakan bahawa kedua-dua ini adalah 'maskot tidak rasmi' restoran itu.

Pasangan itu memberitahu media yang mereka tidak pernah bosan dengan rutin mereka dan ia merupakan peluang menghabiskan masa yang berkualiti bersama.