BADDROL Bakhtiar yang memilih cabaran baharu bersama kelab baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan selepas lebih 16 tahun berbakti bersama Hijau Kuning berterima kasih kepada pengurusan dan penyokong Kedah Darul Aman (KDA FC) yang sentiasa menyokong karier bola sepaknya selama ini.
Pemain berusia 33 tahun itu di laman media sosialnya berkata:"Terima kasih saya ucapkan kepada pengurusan Kedah FC dan penyokong pasukan Kedah. Terima kasih memberikan kenangan selama 16 tahun bersama.