Larangan demi jaga kredibiliti pengadil

Iklan
Datuk Abdul Halim Kader

TINDAKAN Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) melarang para pengadil di bawah dua badan induk itu terlibat dengan Liga Sepak Takraw (STL) anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bertujuan memelihara kredibiliti pengadil.

Menurut Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader, semua pihak perlu memahami tindakan itu demi memastikan para pengadil sentiasa melaksanakan tugas di landasan yang betul.

Iklan
Iklan

"Selain menjaga dan memartabatkan undang-undang sukan sepak takraw, tugas kami adalah untuk menjaga maruah serta kebajikan pengadil-pengadil ini.

"Tidak kiralah sama ada mereka ini pengadil di peringkat antarabangsa mahu pun bagi peringkat rantau Asia.

Iklan

"Secara keseluruhannya, kebajikan pengadil ini adalah sangat penting. Selain itu, kita juga memiliki undang-undang yang perlu dipatuhi,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengadil ASTAF, ISTAF tidak dibenarkan terlibat dengan STL

Pada Khamis, ASTAF menerusi satu kenyataan media menegaskan semua pengadil di bawah ASTAF dan ISTAF tidak dibenarkan mengadili saingan Liga Sepak Takraw (STL) anjuran PSM yang dijadualkan berlangsung mulai 7 Januari hingga 27 Mac 2022.

Iklan

Menerusi kenyataan media itu juga, ASTAF dan ISTAF turut melarang penglibatan semua pengadil di bawah badan induk itu sama ada sebagai jurulatih, pegawai pasukan dan sekiranya larangan ini tidak dipatuhi, tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka dan ia melibatkan denda atau penggantungan atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan itu lagi, larangan tersebut berikutan penganjur iaitu PSM telah pun disingkirkan daripada menjadi ahli ASTAF pada 20 Mei lalu.

Sementara itu, Abdul Halim berkata, ASTAF akan sentiasa memelihara kredibiliti para pengadil selain membina sifat integriti dalam kalangan mereka.

Katanya, sifat itu akan membantu pematuhan terhadap penguatkuasaan undang-undang dalam sukan sepak takraw itu sendiri.

"Undang-undang permainan sepak takraw tidak boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak sekali pun.

"Perkara ini perlu difahami oleh semua pihak terutamanya mereka-mereka yang tidak tahu mengenai undang-undang antarabangsa,” katanya.