Ketajaman penyudah Ronaldo lepasi angka 800

Iklan
Ronaldo meledak dua gol ketika membantu Manchester United menewaskan Arsenal di Old Trafford.

CRISTIANO Ronaldo melepasi jaringan ke-800 gol untuk Manchester United dan Portugal apabila menjaringkan dua gol ketika The Red Devils menewaskan Arsenal 3-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford pada Jumaat.

Bagaimanapun dalam aksi itu, Arsenal terlebih dulu mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Emile Smith Rowe sebelum Manchester United menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat menerusi rembatan Bruno Fernandes.

Iklan
Iklan

Bersambung babak kedua, Ronaldo kembali meletakkan The Red Devils mendahului pada minit ke-52 apabila menyempurnakan hantaran Marcus Rashford untuk gol ke-800nya.

The Gunners membalas dengan pantas menerusi Martin Odegaard pada minit ke-54', namun Ronaldo menoktahkan kebangkitan The Red Devils dengan meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-70 apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Fred dijatuhkan oleh Odegaard.

Iklan

Aksi di Old Trafford bermula dengan para penyokong United mempamerkan sepanduk penghormatan kepada bekas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat bulan lalu.

Pengurus sementara kelab yang baharu, Ralf Rangnick juga turut menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk penonton.

Iklan

KEPUTUSAN

Manchester United 3-2 Arsenal

Tottenham Hotspur 2-0 Brentford