Awas! Sindiket penipuan bantuan di luar negara

Iklan
Antara telaga yang diwakafkan oleh rakyat Malaysia di Kampung Cham, Kemboja.

SHAH ALAM – Kepercayaan orang ramai terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semakin terhakis berikutan banyak sindiket penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu kononnya menjalankan pelbagai program bantuan di luar negara.

Iklan
Iklan

Salah sebuah NGO dari Klang, Selangor, Ar-Rasyid Dakwah Centre dalam satu kenyataan berkata, sikap dermawan penduduk di negara ini untuk membantu di luar negara seperti pembinaan telaga di Kemboja yang memberikan manfaat kepada penduduk di negara itu telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

"Pihak tidak bertanggungjawab ini telah mengambil kesempatan terhadap kebaikan rakyat di negara ini. Selepas mendapat wang yang didermakan oleh orang ramai, mereka akan melepaskan tangan sahaja dan terus berdiam.

Iklan

"Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai antaranya selepas NGO tersebut menerima duit yang didermakan, mereka tidak dapat dihubungi lagi. Ada yang tidak membalas mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp dan tidak menunjukkan bukti bantuan seperti pembinaan telaga,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

Menurut Ar-Rasyid Dakwah Centre, orang ramai perlu bijak memilih NGO sebelum menyalurkan sebarang bantuan yang mereka sediakan.

Iklan

www.arrasyiddakwahcentre.com untuk melihat sendiri projek telaga yang telah dijalankan.

Mereka juga boleh menghubungi bahagian yang menguruskan projek wakaf telaga di talian 011-1615 2885. Jika ada yang ingin berwaqaf secara rahsia, mereka boleh terus melalui onpay iaitu https://arrasyid.onpay.my/order/form/wtk.