Rugi RM21,280 angkara pekerjaan sambilan tidak wujud

Iklan
Mohd Wazir Mohd Yusof

KUANTAN - Hasrat seorang pemuda yang ingin mencari pekerjaan sambilan tidak kesampaian malah kerugian RM21,280, pada Selasa lalu.

Mangsa yang berusia 22 tahun dikatakan berminat untuk menambah pendapatan selepas melihat iklan tawaran pekerjaan sampingan di Facebook.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa kemudian menekan pautan dan telah berhubung dengan seorang wanita serta mengatakan minat dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Menurutnya, suspek memaklumkan mangsa perlu membuat tangkapan layar barangan yang ditempah pelanggan dan menghantar kepadanya melalui aplikasi WhatsApp.

Iklan

"Mangsa bersetuju dan suspek meminta mangsa membuat pembayaran pendahuluan bagi kerja-kerja itu serta memberi jaminan akan memperoleh semula wang terbabit beserta komisen sebanyak 20 peratus.

"Mangsa membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM21,280 ke dalam akuan berbeza bagi memperoleh komisen berganda. Namun selepas memasukkan wang tersebut, mangsa tidak memperoleh semula wang dan komisen seperti dijanjikan suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, suspek memberi pelbagai alasan dan enggan mengembalikan kesemua wang milik mangsa.

"Susulan itu, mangsa merasakan dirinya ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.