LONDON - Britain merekodkan 53,945 jangkitan baharu Covid-19, tertinggi sejak 17 Julai menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 10,329,074, lapor Agensi Berita Xinhua berdasarkan angka rasmi yang dikeluarkan pada Khamis.
Negara itu juga melaporkan 141 lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan korban sebanyak 145,281 dan 7,644 pesakit masih dirawat di hospital.