Rakyat Venezuela terdesak cari air di saluran kumbahan

Iklan
Penduduk di Venezuela menadah air yang dilepaskan melalui saluran kumbahan yang mengalir ke Sungai Guaire. - Foto Reuters

CARACAS - VENEZUELA.Ketiadaan bekalan elektrik yang diperlukan bagi mengepam air menyebabkan penduduk Venezuela kini terpaksa mencari sendiri sumber air.

Krisis ketiadaan bekalan elektrik dan air menambahkan lagi sengsara penduduk Venezuela yang dihimpit keruntuhan ekonomi dan kemelut politik ekoran perebutan kuasa antara Presiden Nicolas Maduro dan ketua pembangkang, Juan Guaido.

Iklan
Iklan

Sehubungan isu ketiadaan bekalan elektrik sejak Khamis lalu, Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden pada Januari lalu, berhasrat mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa kerajaan mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut.

Terdahulu, Presiden Maduro menyalahkan perbuatan sabotaj ke atas sebuah empangan hidroelektrik sebagai punca ketiadaan bekalan elektrik di sebahagian besar negara Amerika Selatan itu, namun pengkritik menegaskan ia merupakan kegagalan kerajaan yang mengamalkan rasuah.

Iklan

Dalam pada itu, isu kekurangan air menimbulkan kebimbangan merebaknya wabak penyakit dan rakyat terpaksa mencari sumber bekalan air bagi menjalankan aktiviti seharian seperti memasak dan membasuh pakaian.

Ramai penduduk kini terpaksa mencari air di saluran paip yang membawa sisa kumbahan dari Caracas sebelum dialirkan ke Sungai Guaire, terletak berhampiran lebuhraya utama bandar terbabit.

Iklan

Air yang diambil dari paip tersebut kelihatan jernih, namun ia mengalir melalui saluran paip yang kotor dan sebenarnya tidak sesuai untuk diminum.- Reuters