Setiu pula dilanda banjir

Iklan
Keadaan banjir di Setiu.

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu kini meningkat kepada 45 orang berbanding 25 pada Khamis dengan Setiu sebagai daerah baharu dilanda bah selepas Kuala Nerus.

Iklan
Iklan

Sehingga jam 11.30 pagi Jumaat, dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah itu bagi menempatkan 21 mangsa banjir.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS Balai Raya Kampung Bari Kecil diaktifkan pada jam 8 pagi dan seramai 16 mangsa dari empat keluarga ditempatkan di sana.

Iklan

"Sebuah keluarga melibatkan lima mangsa pula dipindahkan ke PPS Masjid Chalok Kedai yang mula dibuka pada jam 9.30 pagi,” katanya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu turut memaklumkan, banjir di Kuala Nerus tidak berubah dengan 24 mangsa masih berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot.

Iklan

Sementara itu, hujan lebat berterusan sejak malam Rabu menyebabkan paras air di kebanyakan sungai di Terengganu menunjukkan peningkatan.

19 sekeluarga terkandas selepas rumah dimasuki air banjir di Kuala Nerus