PUTRAJAYA - Kes pertama varian Omicron yang dikesan di Malaysia pada 2 Disember melibatkan pengembara bukan warganegara dari Afrika Selatan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak berusia 19 tahun itu sudah menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).
Menurutnya, kes berkenaan sudah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) serta menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.
"Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, berdasarkan siasatan, pelajar berkenaan patuh kepada perintah yang dikeluarkan malah sudah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala.
"Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research - IMR) juga telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif Covid-19.
"Bagaimanapun, pelajar itu juga meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November lalu,” katanya.
Tambah beliau, pengesanan kontak rapat juga telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang.
"Mereka telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib namun ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif,” katanya.