Varian Omicron

Iklan


Polis Bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membantu penumpang pesawat yang tiba di KLIA sebelum berlepas ke destinasi yang dituju.

Malaysia hari ini merekodkan kes pertama positif COVID-19 varian Omicron, membabitkan seorang pelajar dari Afrika Selatan yang menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media perkembangan terkini COVID-19 di sini hari ini berkata pelajar perempuan berumur 19 tahun itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. - Foto Bernama