KKM laksana kempen lebih agresif bagi individu belum divaksinasi

Iklan
Khairy Jamaluddin semasa sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada Jumaat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan kempen yang lebih agresif bagi memastikan mereka yang layak menerima vaksin Covid-19 segera melengkapkan suntikan dos masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga agensi lain untuk memastikan individu yang belum lagi divaksinasi menerima suntikan.

Iklan
Iklan

"Kita akan bekerjasama dengan agensi ini untuk memastikan dalam kalangan pekerja asing yang mungkin kerisauan belum mendapatkan vaksinasi. Ini termasuk juga rakyat kita, ada yang masih belum divaksinasi.

"Jadi kita akan buat kempen yang lebih agresif untuk memudahkan mereka mendapat vaksinasi dos pertama dan kedua,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kira-kira 1.3 juta populasi dewasa masih belum divaksinasi.

Khairy menambah, pihaknya juga akan memperhebatkan lagi pemberian dos penggalak melalui penambahan kapasiti sepertimana diumumkan beberapa hari lepas.

Iklan

"Kita juga akan terus melaksanakan kempen-kempen kesedaran bagi memastikan rakyat tahu betapa pentingnya mereka mendapatkan dos penggalak.

"Pada minggu depan kita juga akan berbincang dan sekiranya ada keperluan, mungkin saya akan buat pengumuman dari segi status vaksinasi penuh. Mungkin untuk golongan tertentu sahaja.

"Status vaksinasi penuh itu memerlukan dos penggalak tetapi belum ada keputusan lagi. Kita masih lagi dalam perbincangan,” katanya.