KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus membela dan menghargai segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan sesiapa terutama golongan orang kurang upaya (OKU) selari dengan semangat Keluarga Malaysia.
Beliau berkata, dengan nilai kebersamaan, kerajaan akan memastikan golongan OKU diberikan hak sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan.