LGBT: Tuntut hak yang tidak sepatutnya

Iklan
Asrullah Affendi Abdullah

KUANTAN - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan menyifatkan himpunan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di Kuala Lumpur kelmarin sebagai agenda kumpulan terbabit untuk menuntut hak dan kebebasan yang tidak sepatutnya.

Ketua Penerangannya, Asrullah Affendi Abdullah berkata, pihaknya mengutuk tindakan kumpulan itu kerana kerana tuntutan mereka langsung tidak menjurus kepada kebaikan rakyat sebaliknya hanya untuk kepentingan mereka yang tidak mempunyai asas moral yang dinamik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai rakyat di negara ini, mereka ada hak untuk membuat sebarang tuntutan kepada kerajaan asalkan kepada perkara yang memberi impak positif dan bukan terhadap perkara sensitif melibatkan agama, kaum dan perkara yang melibatkan nilai di luar normal moral yang sewajarnya.

"Jika golongan itu mahu suara mereka didengar dan dihormati, sewajarnya mereka bersama-sama membantu menggerakkan dasar kerajaan untuk memajukan negara dalam konteks yang lebih positif bukannya membuat tuntutan atas kepentingan naluri songsang mereka.

Iklan

"Mereka perlu ingat, rakyat hari ini melihat dan menilai sebelum menyokong mana-mana kumpulan dan asas sokongan mereka sudah tentu untuk perkara yang boleh membawa kepada kebaikan,” katanya.

Asrullah Affendi berkata, kumpulan yang menyokong LGBT itu seharusnya berfikir jauh ke hadapan dengan idea yang lebih bijak dan boleh mendapatkan kebaikan kepada rakyat dan negara secara keseluruhannya.

Iklan

"Kumpulan yang menyokong LGBT Ini ramai dalam kalangan profesional dan bijak pandai, maka mereka sepatutnya guna segala kebijaksanaan itu untuk tujuan yang betul,” katanya.

Menurutnya, MBFM Wilayah Kuantan mengingatkan kepada pihak yang mahu mengambil kesempatan atas himpunan itu supaya membuat kajian semula kewajaran tindakan mereka itu.

"Mereka sepatutnya menyampaikan suara dan tuntutan mereka kepada kerajaan melalui platform yang sepatutnya dan bukan di jalanan kerana ia boleh menimbulkan keresahan masyarakat umum.

"MBFM Wilayah Kuantan juga menyeru golongan belia yang menyertai himpunan Itu agar bersama NGO di negara Ini untuk bergerak bersama dalam membawa suara anak muda kepada kerajaan melalui saluran yang sepatutnya,” katanya.

Asrullah Affendi berkata, kerajaan hari ini perlukan idea dan suara mereka untuk menghasilkan penjenamaan baru kepada perkara yang memberikan jaminan kepada negara dan rakyat.

"Jika tuntutan mereka supaya hak golongan LGBT diiktiraf, lebih baik ia dihentikan bagi mengelak ‘kerosakan’ moral generasi akan datang,” katanya.