BANDAR SERI BEGAWAN - Seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dihukum penjara sembilan tahun dan enam sebatan selepas didapati bersalah membakar Masjid Kampung Mentiri dan mencuri duit ibunya, lapor Borneo Bulletin.
Hukuman tersebut diputuskan Hakim Hazarena Hurairah terhadap Mohd Erwan Manggis yang mengaku melakukan kedua-dua kesalahan itu.