BN tidak akan sertai PRN Sarawak: Mohamad Hasan

Iklan
Mohamad Hasan

KUCHING - [DIKEMASKINI] Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, sebaliknya akan memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini, sambil menyuarakan harapan angin kemenangan BN di Melaka akan bertiup kencang ke Laut Cina Selatan pada PRN Sarawak ke-12 yang dijadual 18 Disember ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun GPS tidak lagi bersama BN, namun semangat setiakawan yang terjalin lebih empat dekad ini masih kukuh.

Sehubungan itu, BN menyokong penuh parti yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Openg itu.

Iklan

"Walaupun GPS tidak menyertai BN, hubungan baik masih seperti dulu. Jadi, kunjungan ini lebih kepada kunjungan hormat dan untuk memberi sokongan moral.

"Semangat adik-beradik BN itu masih ada lagi,” katanya pada sidang media BN di sini hari ini. Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Iklan

Tambahnya sokongan padu kepada calon GPS di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak amat penting untuk kestabilan politik negeri ini. - Awani