KUALA LUMPUR - Seramai 2,719,106 individu atau 86.4 peratus daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Jumaat.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,828,401 individu atau 89.9 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.