Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan dua polis ditahan

Iklan
Gambar hiasan

GEORGETOWN - Seorang pegawai kanan polis ditahan selepas mengamuk dan mencederakan anggota polis di Lebuh Queen, di sini pada jam 1.40 pagi Sabtu.

Difahamkan, ketika kejadian, suspek yang merupakan pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak itu membuat bising di hadapan hotel di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Suspek yang berusia 35 tahun itu kemudiannya bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis menyebabkan seorang polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan pada kaki manakala seorang Koperal cedera di tangan.

Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian berkenaan.

Iklan

Iklan