PERR, Piala Agong bakal kembali tahun depan: PBMM

Iklan
Mohd Firdaus - Foto fail Bernama

,SELEPAS dua tahun ditunda susulan penularan pandemik Covid-19, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) akan kembali menganjurkan Piala Emas Raja-raja (PERR) dan Piala Agong sempena ulang tahun ke-100 PERR tahun depan.

Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, Piala Agong bakal berlangsung sebagai pembuka tirai musim 2022, diikuti PERR, dengan kedua-dua kejohanan dijangka diadakan sekitar Ogos atau September.

Iklan
Iklan

"PBMM akan melangsungkan PERR untuk pemain peringkat umur tertentu selepas Piala Presiden anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dijangka bermula pada Februari depan,

Tahun 2020 dan 2021 tiada kedua-dua pertandingan tersebut, tetapi saya yakin 2022 akan menyaksikan kembalinya agenda utama tahunan PBMM itu jika ancaman Covid-19 dengan varian baharu sekarang, Omicron tidak seserius seperti sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Iklan

Mohd Firdaus berkata Piala Agong 2022 bakal menyaksikan pertembungan di antara Juara 2019 Pahang, Majlis Sukan India Malaysia (MISC) selaku Juara PERR 2019 atau Naib Juaranya Kuala Lumpur bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pertandingan PBMM nanti.

Penyertaan untuk PERR dan Piala Agong diberi keutamaan kepada 14 ahli gabungan PBMM, manakala MISC merupakan antara beberapa pasukan jemputan khas yang beraksi semasa edisi 2019.

Iklan

PERR yang diperkenalkan pada 1922, hanya muda setahun berbanding Piala Malaysia, bakal menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun depan.

Sementara itu, tujuh Exco Jawatankuasa Eksekutif PBMM bagi penggal 2021-2025 menang tanpa bertanding termasuk presiden dan dua timbalan presiden pada pemilihan yang berlangsung semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-65 persatuan semalam.

Dua timbalan presiden itu adalah Datuk Ramlan Askolani dan Datuk Kamarulnizam Mohd Sharip. - Bernama