Pas hanya bertanding di Beting Maro pada PRN Sarawak: Tuan Ibrahim

Iklan
Tuan Ibrahim bercakap pada sidang media mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada PRN12 Sarawak di sebuah hotel malam ini. - Foto Bernama

KUCHING - Pas akan hanya meletakkan seorang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 (PRN12) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, keputusan meletakkan seorang calon dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk situasi terkini Covid-19 dalam negara.

Iklan
Iklan

Calon tunggal parti itu ialah Setiausaha Pas negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo.

"Keputusan meletakkan hanya seorang calon pada PRN12 dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk situasi Covid-19 yang masih belum berakhir.

Iklan

"Pas juga mahu memelihara hubungan di peringkat pusat dengan kerajaan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon Pas PRN12 Sarawak, pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khirudin dan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee.

Iklan

Mohammad Arifiriazul, 37, merupakan usahawan dan pernah bertanding di Lambir, satu daripada 11 kerusi yang ditandingi Pas pada PRN11. - Bernama