Dua kenderaan terperangkap akibat tanah runtuh

Iklan
Anggota APM mengalihkan runtuhan bagi mengeluarkan dua buah kenderaan yang terperangkap di Jalan Sultan Abu Bakar dekat Brinchang, Cameron Highlands pada Sabtu. - Foto ihsan APM

CAMERON HIGHLANDS - Dua buah kenderaan terperangkap akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar dekat Brinchang, di sini pada Sabtu.

Sekretariat Pengurusan Bencana daerah itu, Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi memberitahu, kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux dan Honda City.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiada mangsa terlibat dalam kejadian yang berlaku berhampiran sebuah bengkel.

"Seramai lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada jam 11.50 malam.

Anggota APM mengalihkan runtuhan bagi mengeluarkan dua buah kenderaan yang terperangkap di Jalan Sultan Abu Bakar dekat Brinchang, Cameron Highlands pada Sabtu. - Foto ihsan APM

Iklan

"Maklumat awal mendapati hujan lebat berterusan selama beberapa jam menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

"Anggota APM menjalankan tugas memotong pokok yang tumbang dan mengalihkan runtuhan bagi mengeluarkan kenderaan yang terperangkap," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ujarnya, tiada mangsa di lokasi dan kenderaan terlibat berada di bengkel berkenaan untuk dibaiki.

"Kes diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya," jelasnya lagi.