Djokovic 'kunci mulut' berkenaan penyertaannya di Terbuka Australia

Iklan
Djokovic. - Foto USA Today Sports

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic masih belum memberi kata putus sama ada dia mahu mempertahankan kejuaraan di Terbuka Australia yang dijangka berlangsung di Melbourne bulan hadapan.

Pemain kelahiran Serbia itu sebelum ini enggan menyatakan sama ada dia pernah menerima suntikan vaksin yang merupakan antara syarat yang diletakkan penganjur bagi menyertai kejohanan tersebut.

Iklan
Iklan

Malah baru-baru ini, Djokovic cuba mengelak soalan itu apabila ditanya pemberita mengenai rancangannya untuk 2022 selepas pasukan Serbia tewas kepada Croatia pada separuh akhir di Madrid.

"Saya faham anda mahukan jawapan tentang dan bagaimana saya akan memulakan musim baharu, tetapi kita akan lihat perkara tersebut nanti.

Iklan

"Saya tidak boleh memberi anda tarikh, tetapi mengenai keputusan saya menyertai Terbuka Australia yang berlangsung bulan anda akan tahu tidak lama lagi.

"Saya akan cuba menggunakan beberapa hari akan datang untuk pulih, berehat dan melupakan tenis. Saya benar-benar letih dari musim ini dan sepanjang tahun ini,”katanya.

Iklan

Untuk rekod, Djokovic telah memenangi sembilan kali di Terbuka Australia dan terikat dengan Roger Federer dan Rafael Nadal untuk kemenangan Grand Slam terbanyak sepanjang masa iaitu 20 kali.