Klinik di Rusia gesa WHO larang guna nama Omicron

Iklan
Aleksandr menjelaskan, pihaknya terpaksa berdepan dengan stereotaip negatif yang dikaitkan dengan nama Omicron, sekali gus menanggung kerugian.

HANYA kerana mempunyai nama yang sama dengan varian Omicron, seorang pengasas klinik memfailkan tuntutan mahkamah terhadap wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Aleksandr Padar, pengasas Omicron, sebuah klinik pakar mata di Rusia, beliau bertungkus-lumus selama enam tahun membina nama Omicron sebagai jenama kesihatan terkemuka.

Iklan
Iklan

Namun, kini jenama itu hanya membawa konotasi negatif.

"Pada Jumaat lalu, kami dapat tahu bahawa satu strain virus baharu telah dinamakan Omicron. Bagi kami, sudah tentu ia merupakan satu kejutan.

Iklan

"Kerana, saya bekerja keras selama enam tahun untuk membina kaitan antara perkataan 'Omicron' dan kesihatan, iaitu kesihatan mata, dan sekarang, perkataan ini mempunyai konotasi berbeza, dan sama sekali negatif," katanya.

Jelas Aleksandr, pihaknya terpaksa berdepan dengan stereotaip negatif yang dikaitkan dengan nama Omicron, sekali gus menanggung kerugian.

Iklan

Justeru, klinik itu memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pejabat wakil WHO di Rusia pada 30 November lalu, mendesaknya supaya tidak menggunakan nama tersebut.

"Setakat ini, ada satu kes, apabila pesakit dihubungi untuk mengingatkannya mengenai janji temu, dia berkata – 'Omicron? Anda mahu menjangkiti saya?', dan meletakkan telefon.

"Selepas itu dia tidak lagi menjawab panggilan kami. Ini adalah kes seumpamanya yang pertama, tetapi pastinya bukan yang terakhir. Menyedihkan," katanya.

Klinik Mata Omicron ditubuhkan pada 2015 di 11 bandar serata Rusia.

Menurut laman web rasminya, klinik itu bakal membuka cawangan di lima bandar lain lagi di negara itu. - Awani