KOTA BHARU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Ahad meluluskan Bajet 2022 tanpa bahas selepas dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pada persidangan itu, ADUN Tawang, Datuk Hassan Mahmood memohon untuk mencadangkan pembentangan Bajet 2022 yang dibacakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Khamis lalu.