Newcastle United akhiri kemarau kemenangan

Iklan
Wilson (kiri) meraikan jaringan gol tunggal Newcastle ketika berdepan Burnley.

EDDIE Howe gembira akhirnya Newcastle United melakar kemenangan pertama musim ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park.

Bagaimanapun begitu Howe mengakui perlawanan itu sebagai pengakhiran yang mencemaskan bagi tuan rumah yang terdesak memburu kemenangan pada ketika lawan mengasak memburu gol penyamaan.

Iklan
Iklan

"Sungguh gembira untuk semua orang yang berkaitan dengan kelab. Ia adalah perlawanan yang hebat untuk kami dan saya fikir para pemain bertindak balas selepas 20 minit pertama.

"Biarpun begitu saya akui kami sangat gugup menjelang penghujung kerana terdesak untuk menang. Apapun para pemain menguruskan bahagian itu dengan sangat baik. Semangat dalam kumpulan telah ditunjukkan dan suasananya luar biasa.

Iklan

"Saya telah cuba membawa falsafah kepada pasukan. Keyakinan adalah kunci dalam sebarang sukan dan kami kekurangan itu sebelum ini. Tetapi hari ini pergi jauh untuk membina semula itu.”

Gol separuh masa pertama Callum Wilson pada minit ke-40, sudah memadai memastikan kemenangan, menyisihkan The Magpies dari tangga terbawah liga dengan perbezaan gol mengatasi Norwich City.

Iklan