PPC DUN Piasau lakukan persiapan terakhir

Iklan
Petugas SPR membuat kerja-kerja persiapan di Pusat Penamaan Calon N73 Piasau bagi PRN ke-12 di Kompleks Islam Sarawak pada Ahad. - Foto Bernama

MIRI - Petugas di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menjalankan persiapan terakhir bagi memastikan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang akan berlangsung Isnin berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DUN Piasau, Siti Rohanie Yusof berkata, pihaknya mengadakan raptai penuh proses penamaan calon pada 9 pagi tadi untuk memastikan segalanya berjalan lancar esok.

Iklan
Iklan

"Saya berharap pada hari penamaan calon esok semuanya berjalan dengan baik tanpa ada sebarang provokasi,” katanya kepada Bernama pada Ahad.

Terdapat 30 petugas SPR di PPC DUN Piasau selain dua wakil daripada Kementerian Kesihatan yang ditugaskan untuk menjaga khemah modular.

Iklan

Pada PRN Sarawak ke-11, Piasau menyaksikan penyandang daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mewakili Barisan Nasional ketika itu, Datuk Sebastian Ting menang dengan majoriti 2,112 mengalahkan calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Alan Ling.

SPR menetapkan Isnin sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pula pada 14 Disember dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Disember. - Bernama

Iklan