Bayi sembilan bulan tertelan kerongsang

Iklan
Nur Qhaulah Ramadhani (Kanan: X-ray menunjukkan kerongsang berada di dalam badan Nur Qhaulah Ramadhani.)

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi berusia sembilan bulan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Bayi berkenaan, Nur Qhaulah Ramadhani kini sedang menjalani rawatan di wad kanak-kanak HSNZ.

Iklan
Iklan

Ibu mangsa, Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, berkata, ketika kejadian, bayi itu berada di atas riba anak sulungnya, Nur Damia Darwisya, 11.

"Masa tu saya tengah memandu jadi tak perasan apa yang dia tengah buat. Tambah pula suasana gelap.

Iklan

"Kebetulan kerongsang tu berada di celah pintu, bahagian penumpang di dalam kereta.

"Tak tahu macam mana dia boleh capai kerongsang itu dan masukkan ke dalam mulut," katanya.

Iklan