Perarakan kematian guna helikopter, kuda: 7 lelaki dirakam percakapan

Iklan
Perarakan pengebumian di Little India Ipoh diiringi dengan perkhidmatan helikopter yang melakukan penerbangan rendah. - Foto ihsan pembaca

TANJUNG MALIM - Polis telah merakam percakapan tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan perarakan yang diiringi menggunakan khidmat helikopter dan kuda di sekitar pekan Ipoh melibatkan kematian seorang pemilik kedai pakaian tradisional India tertua di sini, 27 November lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, individu itu ialah juruterbang helikopter, wakil dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pengurus mayat, pengurus syarikat acara, waris keluarga, pemilik kuda serta pemilik helikopter berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas hasil siasatan selesai.

"Hasil siasatan mendapati mereka tidak mendapat kebenaran untuk mengadakan perarakan kerana ia diadakan secara 'ad hoc', tiada dalam perancangan pada awalnya.

Iklan

"Namun, anak-anak (mendiang) ambil keputusan untuk membuat perarakan bagi membawa mayat ke tanah perkuburan. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati juruterbang helikopter itu mendapat kebenaran untuk melakukan penerbangan rendah dalam perarakan itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasat helikopter terbang rendah iringi perarakan pengebumian

Mior Faridalathrash berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tahun 2021 melibatkan 65 penuntut terdiri daripada 31 lelaki dan 34 wanita di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini pada Ahad.

Iklan

Kejadian itu turut tular di laman media sosial memaparkan rakaman video sebuah helikopter terbang rendah dan menaburkan bunga mengiringi perarakan itu.

Perarakan turut disertai beberapa individu yang dilihat menunggang kuda dikatakan dari rumah mendiang ke tempat pengebumian. - Bernama