Bot kecil membawa para penumpang dan suasana tenang dapat dirasai ketika Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari dijangka menjadi 'medan tempur' sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Menjelang Hari Penamaan Calon esok, Bukit Sari, yang menjadi kubu kuat Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), diramalkan menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan lima penjuru.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok (6 Disember) sebagai hari penamaan calon PRN Sarawak sementara undi awal dijadualkan berlangsung 14 Disember dan hari mengundi pula pada 18 Disember. - Foto Bernama