Tiada rumah RSKU dijual pemilik kepada pihak ketiga

Iklan
LPHS memaklumkan tiada unit RSKU dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dan kelulusan daripada kerajaan Selangor setakat Oktober lalu. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Rodziah)

SHAH ALAM - Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memaklumkan tiada unit Rumah Selangorku (RSKU) dijual oleh pemilik kepada pihak ketiga tanpa kebenaran dan kelulusan daripada kerajaan Selangor setakat Oktober lalu.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, LPHS akan memastikan agihan dan pemilikan hartanah harga kawalan termasuk jenis kos rendah serta RSKU hanya dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah atau sederhana.

Iklan
Iklan

Menurutnya, LPHS melaksanakan mekanisme kawalan bagi memastikan pengagihan dibuat secara telus dan saksama bagi memenuhi dasar yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri (PBN).

"LPHS menetapkan dan mengguna pakai syarat-syarat bagi tempoh pemilikan hartanah mesti mencukupi lima tahun pemilikan dari tarikh diterima bagi pemilik pertama.

Iklan

"Ia dilaksanakan bagi memastikan hanya golongan yang layak sahaja memiliki hartanah harga kawalan di Selangor selain mengelakkan spekulasi harga dan manipulasi oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan di atas hartanah ini," katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Rodziah turut menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Leong Tuck Chee berkenaan kuasa kerajaan Selangor untuk menghalang pemilik RSKU menjual unit rumah mereka kepada pihak ketiga sebelum tempoh lima tahun.

Iklan

Rodziah berkata, pihaknya akan memegang rekod asas iaitu nama penama pertama untuk proses pindah milik dan mereka perlu melalui LPHS untuk mengesahkan kebenaran proses tersebut.

"Kalau kita ikut rekod, masih berlaku juga penjualan rumah Selangorku antara dua pihak, namun ia tidak didaftarkan.

"Kita masih memegang rekod asas iaitu nama penama pertama yang kita pegang dan untuk pindah milik, mereka mesti melalui LPHS untuk mengesahkan proses pindah milik itu boleh dibuat atau tidak.

"Jadi, itu kawalan yang disediakan oleh kerajaan untuk pastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas unit RSKU yang dijual pada harga yang rendah untuk rakyat," katanya.