Kapal Maritim bantu bawa warga emas sawan ke hospital

Iklan
Anggota Maritim Malaysia membantu seorang warga emas yang diserang sawan untuk dihantar ke HSNZ, Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan lanjut. Foto Ihsan Maritim Malaysia Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dari Pulau Redang yang diserang sawan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dengan bantuan Kapal Maritim (KM) Redang pada Ahad.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, bantuan pemindahan perubatan (Medevac) terhadap lelaki berusia 78 tahun itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan dari Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, KM Redang yang ketika itu beroperasi di sekitar perairan Pulau Redang ke lokasi pesakit bagi melaksanakan khidmat tersebut.

"Sebaik sahaja tiba pada jam 4 petang, warga emas itu terus dipindahkan ke dalam kapal dengan perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam.

Iklan

"Pesakit kemudian dihantar ke HSNZ bagi mendapatkan bantuan perubatan dan tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Muhammad Suffi meminta orang ramai untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia Terengganu di talian 09-6224357.

Iklan