'Malaysia benar-benar jadi korup jika Najib kembali pimpin negara'

Iklan
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan-rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan, mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera pentadbiran.

Beliau berkata, Malaysia akan benar-benar jadi korup sehingga tiada sesiapa yang akan datang ke negara ini untuk melabur atau melawat.

Iklan
Iklan

"Dilucutkan pelaburan, tiada pekerjaan akan diwujudkan untuk menampung beribu-ribu graduan yang dihasilkan setiap tahun dan orang lain yang tidak berkelayakan akan kekal menganggur.

"Perniagaan sama ada besar dan kecil akan gagal. Negara akan mengalami kemurungan. Ia akan menjadi sebuah negara yang gagal,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, itu adalah harga yang perlu dibayar apabila masyarakat bertolak ansur dengan rasuah dalam negara ini.

Menurutnya, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menunjukkan perubahan ‘mindset’ (pemikiran) pengundi-pengundi negeri tersebut terhadap parti Barisan Nasional (BN) yang memenangi majoriti dua pertiga kerusi.

Iklan

"Inilah parti yang ditolak oleh pengundi pada 2018 iaitu tiga tahun lalu kerana pemimpinnya benar-benar rasuah dan telah mencuri berbilion ringgit wang kerajaan.

"Pemimpin yang disabitkan kesalahan yang sama mengetuai kempen dalam PRN Melaka.

"Dia masih menghadapi lebih banyak pertuduhan di mahkamah hari ini. Namun partinya menang dengan majoriti besar,” ujarnya.

Tambah beliau, pemimpin-pemimpin yang telah melakukan rasuah dan mencuri wang masih lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

"Mungkinkah mereka sudah lupa akan jenayah yang dilakukan oleh Najib. Atau adakah mereka telah memaafkannya?

"Atau adakah kerana mereka percaya dakwaannya bahawa dia tidak bersalah?

"Atau adakah kerana pengundi tidak ambil peduli, bahawa pada mereka rasuah boleh diterima kerana mereka mendapat sesuatu untuk diri mereka daripada pemimpin yang korup ini?” soalnya.