KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dekat Pasir Mas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tok Deh kekal 33 orang daripada enam keluarga, setakat jam 4 petang ini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, kesemua mereka belum dibenarkan pulang kerana rumah masing-masing masih digenangi banjir termenung.