Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat kekal 25 orang

Iklan
Mangsa ditempatkan di PPS Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) sejak jam 9 malam Ahad.

BATU PAHAT - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini sehingga jam 4 petang Isnin masih kekal 25 orang daripada empat keluarga berikutan fenomena air pasang besar.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) sejak jam 9 malam Ahad.

Iklan
Iklan
PPS Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sungai Kluang Laut.
Iklan

"Air pasang besar melebihi 3 meter pada jam 9 malam Ahad telah melimpah ke kawasan Kampung Sungai Kluang Laut mengakibatkan beberapa buah rumah dinaiki air," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, petugas dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, polis, bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bertugas untuk memantau keadaan di kampung berkenaan.

Iklan