RM200 untuk bayi lahir tahun 2022 di Pahang

Iklan
Foto hiasan

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang akan memberi saguhati RM200 kepada bayi yang lahir di negeri ini pada tahun 2022.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian saguhati itu dibuat menerusi Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).

Iklan
Iklan

Menurutnya, bayaran akan dibuat dalam bentuk simpanan bank RM100 dan RM100 lagi berupa barangan penjagaan bayi dan ibu sewaktu berpantang.

"Bagi tujuan itu kerajaan negeri menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Iklan

"Jumlah peruntukan itu diambil kira berdasarkan data Jabatan Perangkaan bagi kelahiran bayi di negeri Pahang seramai 25,279 pada 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini, Isnin.

Iklan

Wan Rosdy berkata, program itu diadakan bagi membantu ibu bapa yang baharu menerima cahaya mata mengharungi cabaran terutama dari sudut ekonomi dalam membesarkan anak mereka.

"Di samping meraikan kegembiraan mereka, ia juga sebagai tanda anak yang dilahirkan itu anak kebanggaan negeri Pahang," katanya