HARIMAU Malaya meraih kelebihan awal pada perlawanan pertama Kumpulan B Piala Suzuki AFF apabila mendahului 1-0 menentang Kemboja selepas tamat aksi babak pertama di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.
Malaysia berjaya melakukan beberapa siri percubaan awal hasil sepakan Safawi Rasid pada minit kelima, namun cubaan luar kotak penalti itu berjaya ditampan penjaga gol Kemboja Keo Soksela.
Iklan
Iklan
Gol yang ditunggu-tunggu Harimau Malaya akhirnya tiba pada minit ke-22 selepas pasukan negara dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Safawi.
Tersentak dengan gol tersebut, Kemboja memperkemaskan jentera serangan tetapi Khairul Fahmi kekal cemerlang mengawal gawang negara.
Harimau Malaya terus tampil dengan corak permainan serangan namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan dengan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.