Kajian lanjut diperlukan sebelum benar penggunaan ketum, kanabis

Iklan
Dr Noor Azmi ketika memberi ucapan penggulungan Peringkat Jawatankuasa RUU Perbekalan 2022 pada Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen pada Isnin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih memerlukan kajian lanjut sebelum membenarkan penggunaan ketum dan kanabis.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kajian sedia ada berkenaan kedua-dua tumbuhan itu masih belum mencukupi sebelum penggunaannya dibenarkan.

Iklan
Iklan

”Kita bukanlah nak menyekat. Sekiranya benda itu baik, memang kita nak buat.

”Tetapi dua perkara ini memang terikat dengan Akta Racun dan sebagainya yang mana usaha-usaha untuk mengguna, menyimpan dan sebagainya itu tidak dibenarkan,” katanya semasa penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang bertanyakan tentang adakah telah ada kajian melibatkan ketum oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Azmi tidak menolak sekiranya ada bukti baharu menunjukkan kedua-dua tumbuhan itu mendatangkan kebaikan, berkemungkinan pindaan undang-undang boleh dibuat.

Iklan

”Supaya kita dapat menggunakan dan menjana pendapatan yang lebih. Inilah pendapat kerajaan pada ketika ini,” jelasnya.