Hotel tiga bintang di Pulau Poh, Tasik Kenyir beroperasi Jun 2022
Iklan
Hotel tiga bintang di Pulau Poh, Tasik Kenyir bakal beroperasi pada Jun 2022. Gambar kecil: Burhanudin Hilmi
KUALA TERENGGANU - Sektor pelancongan Terengganu dijangka terus melonjak dengan terbinanya sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Pulau Poh, Tasik Kenyir yang akan memulakan operasi pada Jun 2022.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.), Burhanudin Hilmi Mohamed berkata, setakat ini pembangunan hotel itu telah melebihi 90 peratus.
Iklan
Iklan
"Pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 150 bilik yang bakal beroperasi tahun hadapan dijangka siap akhir Disember tahun ini.
"Bermula suku pertama tahun depan, kami akan mencari operator bagi menguruskan hotel ini. Ia turut terbuka termasuk kepada pengusaha tempatan untuk menghantar kertas cadangan jika berminat untuk menjadi operator hotel," katanya selepas sesi minum petang bersama pengamal media Terengganu di sini, pada Ahad.
Iklan
Dalam pada itu, Burhanudin Hilmi berkata, Kenyir Waterpark yang sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja baik pulih dengan kos sebanyak RM1.5 juta juga akan kembali beroperasi sebelum pertengahan tahun 2022.
"Kita harap, operator hotel terpilih nanti dapat mengendalikan bersama pengurusan taman tema air, Kenyir Waterpark seperti dilakukan pengusaha di Kuala Lumpur.
Iklan
"Kita juga melihat potensi untuk membuka pusat beli-belah di sekitar kawasan jeti baharu di situ," katanya.
Menurut Burhanuddin Hilmi, dengan adanya kemudahan yang disediakan, Tasik Kenyir dijangka menarik lebih ramai kunjungan dari dalam dan luar Terengganu.
"Selain rumah bot, jambatan ikonik di Tasik Kenyir akan menarik kunjungan ramai. Kita percaya pembukaan hotel, taman tema air serta pusat beli-belah kelak akan merancakkan lagi kedatangan pelancong ke sini," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam