Apa hukuman menteri tak capai KPI?

Iklan
Ismail Sabri (depan tengah) pada majlis penyerahan Felo Perdana kepada ahli jemaah menteri bagi tahun ini di Perdana Putra pada Oktober lepas. - Foto Bernama

ESOK genap 100 hari petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian-kementerian di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seramai 69 ahli Parlimen yang dipilih Ismail Sabri untuk membarisi jemaah menterinya berdepan situasi kritikal sekiranya KPI yang ditetapkan tidak mencapai sasaran.

Iklan
Iklan

Ramai bertanya adakah mereka akan digugurkan jawatan atau pun dipotong gaji?

Berdasarkan penelitian, dua kementerian yang harus diberikan pujian kerana berjaya mencapai KPI ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan.

Iklan

Menteri Kesihatan, Khairi Jamaluddin Abu Bakar misalnya, berjaya meredakan kegusaran petugas barisan hadapan dengan melengkungkan graf jangkitan Covid-19 yang suatu ketika merekodkan lebih 20,000 jangkitan, selain bertegas untuk memastikan Pilihan Raya Negeri Melaka tidak mewujudkan sebarang kluster.

Sementara itu, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan pula telah memastikan kesediaan beliau mengadakan proses libat urus dengan semua pemegang taruh yang penting sebelum penyediaan inti pati Belanjawan 2022 dilaksanakan.

Iklan

Pada masa yang sama, Tengku Zafrul turut memenuhi tuntutan rakyat yang mengharapkan agar kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar, i-Citra dan terbaharu, i-Sayang diluluskan kerajaan pada saat ramai yang terkesan teruk akibat krisis pandemik Covid-19.

Cabaran besar terpaksa dilalui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tatkala harga barangan terus meningkat naik.

Malah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut berdepan dengan kritikan mengenai isu-isu pendidikan.

Cabaran memang cukup besar kepada semua menteri untuk memastikan kerusi empuk yang mereka duduk di pejabat itu benar-benar dapat membantu rakyat.

Tetapi, jika ada dalam kalangan mereka duduk goyang kaki tanpa idea-idea baharu maka rakyat yang perlu menghukum mereka.