Marsyal jangan berlagak macam polis

Iklan
Seseorang marsyal tidak dibenarkan memberi apa juga arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan atau melencongkan kenderaan tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis atau juruiring daripada polis trafik.

MERAK Jalanan cukup anti dengan konvoi motosikal besar yang diiringi oleh marsyal yang berlagak persis seorang anggota polis trafik.

Pernah pada tahun lalu, sewaktu sempadan negeri dibuka selepas sekatan Perintah Kawalan Pergerakan, dalam perjalanan ke pantai timur, Merak Jalanan berselisih dengan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi. Mereka menguasai jalan raya.

Iklan
Iklan

Setahu Merak Jalananlah, seseorang marsyal tidak dibenarkan memberi apa juga arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan atau melencongkan kenderaan tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis atau juruiring daripada polis trafik.

Kemudian kumpulan yang sama juga berhenti makan di Raub, Pahang dan selepas habis makan tengah hari, mereka membunyikan motosikal tanpa menghiraukan pelanggan kedai yang lain.

Iklan

Perbuatan mereka mengejutkan seorang bayi sehingga menangis kerana ketakutan. Insiden itu hampir mengundang pergaduhan besar antara bapa bayi berkenaan dengan penunggang tidak berotak itu.

Ingatkan sikap penunggang Malaysia sudah berubah tetapi ternyata ia meleset sama sekali.

Iklan

Pada 21 November, video seorang marsyal yang memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di sebuah lampu isyarat dekat Port Dickson, Negeri Sembilan tular di media sosial.

Enam penunggang telah dirakamkan percakapan dan beberapa motosikal berjenama telah dirampas.

Terbaharu, satu kumpulan motosikal berkuasa tinggi membuat aksi lagak polis di jalan awam pada Ahad lalu.

Selalunya penunggang motosikal berkuasa tinggi ini berduit orangnya dan bijak tetapi nampaknya mereka ini lebih gemar letak otak di lutut dan menyusahkan orang ramai.

Ingatlah bahawa jalan raya bukan milik sesiapapun dan hormatilah pengguna yang lain.